Monday, December 7, 2009

SOAL JAWAB HLM

Soalan 1 :
Berapakah yuran keahlian yang ditentukan untuk menjadi ahli HLM ?
Jawapan :
Tiada sebarang yuran dikenakan untuk menjadi ahli HLM. Keahlian adalah secara PERCUMA melalui pembelian pertama produk HLM pada harga runcit.

Soalan 2
Adakah ditentukan pembelian mana-mana produk untuk menjadi ahliHLM ?
Jawapan :
Tidak. Pilihan produk adalah bebas ditentukan oleh pembeli tersebut. Dia boleh memilih mana-mana produk yang disukainya.

Soalan 3
Apakah manafaat menjadi ahli HLM ?
Jawapan :
Sebagai seorang ahli HLM anda berhak untuk menikmati kelebihan-kelebihan berikut :
1.Membeli dan mengguna produk-produk keluaran syarikat HLM dengan harga yang lebih rendah dari harga runcit yang ditentukan.
2.Keuntungan runcit setinggi 28% dari harga ahli.
3.INSENTIF PENGHARGAAN RUNCIT melalui penajaan ahli yang dibuat.
4.BONUS dan INSENTIF yang ditentukan setiap bulan berdasarkan kelayakan yang dipenuhi.

Soalan 4
Apakah yang dimaksudkan dengan INSENTIF PENGHARGAANRUNCIT ? Berapakah kadar Insentif ini ? Bilakah ianya dibayar ?
Jawapan :
Ia adalah Insentif yang diberikan kepada seseorang yang berjaya membuat penajaan. Kadarnya berbeza-beza berdasarkan produk yang dipilih oleh ahli yang ditaja tersebut. Insentif ini dibayar secara langsung ketika penyerahan borang pendaftaran keahlian pihak berkaitan menerusi stokis atau kaunter jualan di Ibupejabat HLM. Pembayaran hanya dilakukan secara langsung sekiranya pengenal tersebut telahpun maintain 75 PV pada bulan tersebut.

PROFAIL SYARIKAT





HLM Network Corporation Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat korporat yang menjalankan aktiviti perniagaan Jualan Langsung Berbilang Aras ( MLM ). Syarikat ini yang dikenali dengan nama singkatannya HLM telah diasaskan oleh Ybg. En. Mohd Kafli bin Mohd Ghazali pada 19hb Oktober 2004.

Syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd mempunyai modal berbayar sebanyak RM 1,500,000.00 ( RM 1.5 Juta ) manakala modal dibenar pula berjumlah RM 5,000,000.00 (RM 5 Juta) telah mendapat kelulusan menjalankan aktiviti Jualan Langsung Berbagai Aras (MLM) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pada 16 November 2005.

Pelan pemasaran dan rancangan perniagaan yang disusun rapi oleh pihak syarikat diyakini mampu melahirkan para usahawan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi serta agresif dan berdaya saing seterusnya Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam arena Dunia Perniagaan Jualan Langsung. Disamping itu, garis panduan dan etika sebagai seorang usahawan juga diwujudkan oleh pihak syarikat agar keharmonian dan semangat kekeluargaan sentiasa subur dihati sanubari para usahawan HLM Network Corporation Sdn. Bhd.

Produk dan barangan yang dipasarkan oleh syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd. adalah berasaskan GANODERMA dan herba-herba tempatan serta luar negara yang berkualiti tinggi lagi mempunyai nilai komersial dari sudut perubatan alternatif. Kesemua produk tersebut dibekalkan oleh syarikat HLM Industries yang merupakan salah satu anak syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd.

MOTTO KORPORAT " BERSAMA DIPUNCAK KEJAYAAN "
Dengan motto dan slogan “ Bersama Dipuncak Kejayaan “ yang dipahat dalam diri setiap usahawan syarikat HLM ini, maka pihak syarikat berkeyakinan penuh dapat menjayakan VISI dan MISI yang telah ditentukan.

VISI KORPORAT
Menjadi sebuah organisasi korporat bertaraf dunia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta diterima sebagai satu pilihan tepat dan terunggul melalui jalinan rangkaian pemasaran produk yang efektif lagi berinovasi.

MISI KORPORAT
Melahirkan para usahawan yang memberikan komitmen dan kesungguhan dalam menjiwai roh perniagaan MLM sebenar - JUJUR, TELUS DAN IKHLAS - melalui penawaran perkhidmatan dan produk yang terbaik lagi berkualiti serta mempunyai nilai komersial yang tinggi menerusi sistem pemasaran yang efektif lagi berdaya saing diperingkat nasional dan global.

LOGO KORPORAT
Bentuk kuntum GANODERMA melambangkan produk asas yang dikeluarkan oleh pihak syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd. Ganoderma telah diisyaratkan oleh Junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebagai satu kurnian yang diselubungi oleh keajaiban dan keistimewaan. Bangsa Cina menganggapnya sebagai Herba Ajaib Dari Langit, anugerah dari tuhan. Nama syarikat yang berada dibahagian tengah melambangkan pusaran bagi produk asas ini. Rangkaian para usahawan ( Network Corporation ) adalah asas dan tapak yang kukuh kepada kewujudan syarikat HLM.

Warna merah melambang keberanian dan tekad yang ada dalam organisasi syarikat HLM dan para usahawannya. Berani untuk tampil meraih kejayaan. Tekad untuk ke puncak kegemilangan.

Warna hijau melambangkan kehidupan, keharmonian dan keceriaan. Ia adalah simbolik harapan yang ada dalam sanubari setiap manusia. Kehidupan yang mulia dan ceria.

Warna biru melambangkan ketenangan dan kelembutan yang ada dalam sifat rawatan alternatif yang diketengahkan oleh pihak syarikat HLM . Rawatan berasaskan sumber alam semulajadi kurniaan Tuhan. GANODERMA. Warna yang membentuk pangkal tangkai bagi Ganoderma ini menyerlahkan lagi pegangan asas kepada rawatan alternatif ini.